Explore more publications!

Enlivex mengumumkan Penempatan Persendirian bernilai AS$212,000,000 untuk Memulakan Strategi Perbendaharaan Aset Digital Pasaran Ramalan Pertama di Dunia, melalui Pengumpulan token RAIN, serta Pelantikan Matteo Renzi, Bekas Perdana Menteri Itali, ke…

- Selepas penutupan penempatan persendirian, Enlivex akan mengguna pakai strategi perbendaharaan aset digital token pasaran ramalan RAIN pertama di dunia melalui pengumpulan token RAIN.

- RAIN ialah protokol ramalan dan opsyen yang terdesentralisasi sepenuhnya, yang mentakrifkan semula ekosistem pasaran ramalan serta menyediakan platform berkuasa untuk penciptaan pasaran onchain - dibangunkan untuk ketelusan, automasi dan penyertaan komuniti.

- Encik Matteo Renzi, yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Itali, akan dilantik menyertai Lembaga Pengarah Enlivex selepas penutupan penempatan persendirian.

- Enlivex akan meneruskan pembangunan klinikal Allocetra™, satu terapi osteoartritis lutut yang berpotensi mengubah landskap rawatan, dalam pasaran yang sedang berkembang dengan keperluan perubatan yang signifikan dan belum dipenuhi.

- Harga sesaham ialah AS$1.00, mewakili premium sebanyak 11.5% berbanding harga penutupan sebelumnya.

NES-ZIONA, Israel, Nov. 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Enlivex Therapeutics Ltd. (Nasdaq: ENLV, “Enlivex” atau “Syarikat”), sebuah syarikat imunoterapi peringkat klinikal yang memfokuskan pada pengaturcaraan semula makrofaj, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian pembelian sekuriti bagi pelaburan persendirian dalam ekuiti awam (PIPE) untuk pembelian dan penjualan sebanyak 212,000,000 saham biasa (atau setara saham biasa sebagai gantinya) pada harga AS$1.00 sesaham, mewakili premium sebanyak 11.5% berbanding harga penutupan saham pada 21 November 2025, dengan jumlah hasil kasar agregat yang dijangka kira-kira AS$212,000,000 (dibiayai dalam kombinasi USD dan USDT), sebelum menolak yuran ejen penempatan dan perbelanjaan tawaran lain (dirujuk sebagai “Transaksi”). Enlivex bercadang menggunakan hasil bersih daripada PIPE untuk melaksanakan strategi perbendaharaan token pasaran ramalan RAIN yang pertama di dunia, di samping meneruskan fokus terhadap operasi teras perniagaan Syarikat.

RAIN ialah protokol ramalan dan opsyen yang terdesentralisasi sepenuhnya, dibina di atas rangkaian Arbitrum. Protokol ini beroperasi dengan sifat tanpa kebenaran sepenuhnya (permissionless), membolehkan sesiapa sahaja mencipta dan memperdagangkan opsyen tersuai bagi pelbagai pasaran. Hasil pasaran boleh diselesaikan menggunakan AI, manakala platform ini ditadbir oleh token RAIN, yang dilengkapi dengan mekanisme terbina dalam Buyback & Burn bersifat deflasi. Direka sebagai “Uniswap” bagi pasaran ramalan, RAIN ialah protokol di mana sesiapa sahaja, dari mana-mana sahaja boleh mencipta sebarang jenis pasaran — sama ada awam atau persendirian — dalam apa jua bahasa.

“Dengan minat institusi yang semakin meningkat terhadap syarikat pasaran ramalan terkemuka – pelaburan bernilai AS$2 bilion oleh syarikat induk NYSE dalam Polymarket serta pusingan pembiayaan AS$300 juta Kalshi yang diketuai oleh Andreessen Horowitz (a16z) dan Sequoia Capital – jelas bahawa industri ini semakin matang dan mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh. Kami percaya bahawa selepas penutupan transaksi ini dan pelaksanaan strategi perbendaharaan RAIN, Enlivex akan menjadi syarikat awam pertama yang didagangkan di Amerika Syarikat untuk memberikan pelabur pendedahan kepada pasaran ramalan, salah satu sektor yang paling pesat berkembang dalam industri kripto,” kata Shai Novik, Pengerusi Lembaga Pengarah Enlivex. “Protokol terdesentralisasi RAIN menggunakan teknologi blockchain untuk membolehkan peserta berdagang berdasarkan jangkaan terhadap peristiwa masa hadapan dan kami percaya ia akan menjadi kuasa dominan dalam segmen pasaran yang sedang berkembang ini.”

Encik Novik menambah, “Di samping menguruskan portfolio perbendaharaan RAIN, Enlivex akan meneruskan operasi sedia ada yang memfokuskan pada pembangunan klinikal peringkat akhir bagi Allocetra™, satu terapi baharu yang direka untuk merawat penyakit sendi osteoartritis. Osteoartritis merupakan bentuk artritis yang paling lazim, menjejaskan lebih daripada 32.5 juta rakyat Amerika dan lebih daripada 300 juta individu di seluruh dunia. Saya ingin mengalu-alukan Encik Matteo Renzi ke Lembaga Pengarah Enlivex dan berharap dapat bekerjasama dengan Encik Renzi untuk meningkatkan nilai bagi para pemegang saham Enlivex.”

Penutupan Transaksi dijangka berlaku pada atau sebelum 25 November 2025 (“Penutupan”), tertakluk kepada pemenuhan syarat penutupan lazim.

BTIG bertindak sebagai ejen penempatan tunggal dan penasihat kewangan eksklusif bagi Transaksi ini. Greenberg Traurig, P.A. dan FISCHER (FBC & Co.) bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Enlivex, manakala DLA Piper dan Gornitzky & Co. bertindak sebagai penasihat undang-undanh kepada BTIG.

Siaran akhbar ini tidak merupakan suatu tawaran untuk menjual, atau permintaan untuk membeli, sebarang sekuriti dan tidak akan membentuk suatu tawaran, permintaan atau penjualan dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang.

PERIHAL ENVILEX

Enlivex akan menjadi syarikat tersenarai awam pertama yang membangunkan strategi perbendaharaan berpusatkan RAIN, yang akan berfungsi sebagai aset rizab utama perbendaharaan Syarikat. Dengan mengguna pakai dasar perbendaharaan baharu ini, Enlivex berhasrat untuk memberikan pelabur pendedahan kepada RAIN dan memperjuangkan peranannya sebagai modal digital.

Selain itu, Enlivex menjalankan aktiviti perniagaan yang memfokuskan pada pembangunan klinikal peringkat akhir bagi Allocetra™, satu terapi baharu yang direka untuk merawat penyakit sendi osteoartritis. Osteoartritis merupakan bentuk artritis yang paling lazim, menjejaskan lebih daripada 32.5 juta rakyat Amerika dan lebih daripada 300 juta individu di seluruh dunia. Kira-kira separuh daripada lutut yang mengalami kecederaan ACL akan menghidap osteoartritis dalam tempoh 5 hingga 15 tahun. Seramai 78 juta rakyat Amerika dijangka menghidap osteoartritis menjelang tahun 2040. Osteoartritis lutut bergejala amat lazim dan boleh menyebabkan ketidakupayaan, dengan 40% lelaki dan 47% wanita dijangka mengalami osteoartritis lutut sepanjang hayat mereka. Di Amerika Syarikat, osteoartritis mengakibatkan lebih satu juta kemasukan ke hospital setiap tahun, terutamanya bagi prosedur penggantian sendi keseluruhan. Beban osteoartritis amat besar dan terdapat keperluan mendesak untuk rawatan yang berupaya mengurangkan kesakitan serta ketidakupayaan yang dialami oleh pesakit osteoartritis. Setakat pengetahuan Syarikat, pada masa ini tiada ubat yang diluluskan sama ada oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) atau European Medicines Agency (EMA) yang terbukti dapat menghentikan, memperlahankan mahupun membalikkan perkembangan kerosakan struktur pada sendi.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Kenyataan pandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti melalui perkataan seperti “menjangka,” “merancang,” “meramalkan,” “bakal,” “mungkin,” “mengantisipasi,” “mempercayai,” “sepatutnya,” “akan,” “boleh,” “berhasrat,” “menganggarkan,” “mencadangkan,” “menyasarkan,” “mempunyai potensi untuk” dan perkataan lain yang mempunyai maksud serupa, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan manfaat yang dijangka serta jangka masa penyempurnaan Transaksi yang dicadangkan dan transaksi berkaitan, penggunaan hasil daripada Transaksi, aset yang akan dipegang oleh Syarikat, pasaran masa hadapan yang dijangka, harga dan kecairan aset digital yang diperoleh oleh Syarikat, keadaan makro dan politik yang berkaitan dengan aset digital, rancangan Syarikat untuk penciptaan nilai dan kelebihan strategik, saiz pasaran dan peluang pertumbuhan, keadaan kawal selia, kedudukan daya saing serta minat syarikat lain terhadap strategi perniagaan yang serupa, trend teknologi dan pasaran, keadaan kewangan serta prestasi masa depan dan kesan kewangan yang dijangka daripada Transaksi yang dicadangkan seperti yang dihuraikan di sini. Setiap kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkenaan termasuk, antara lain, risiko bahawa Transaksi yang dicadangkan seperti yang dihuraikan di sini mungkin tidak dapat diselesaikan tepat pada masanya atau langsung tidak diselesaikan; kegagalan untuk merealisasikan manfaat yang dijangka daripada Transaksi dan strategi perbendaharaan aset digital yang dicadangkan; perubahan dalam keadaan perniagaan, pasaran, kewangan, politik dan kawal selia; risiko yang berkaitan dengan operasi dan perniagaan Syarikat, termasuk sifat harga RAIN dan mata wang kripto lain yang sangat tidak menentu; risiko bahawa harga saham biasa Syarikat mungkin sangat berkorelasi dengan harga aset digital yang dipegangnya; risiko berkaitan dengan peningkatan persaingan dalam industri di mana Syarikat beroperasi dan akan beroperasi; risiko yang berkaitan dengan ketidakpastian undang-undang, komersial, kawal selia dan teknikal yang signifikan mengenai aset digital secara umum; risiko yang berkaitan dengan perlakuan cukai terhadap aset kripto di Amerika Syarikat dan luar negara serta risiko dan ketidakpastian lain yang dikenal pasti dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini hanya merujuk kepada tarikh dokumen ini, dan Syarikat tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan tersebut, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.

HUBUNGAN ENLIVEX

Shachar Shlosberger, Ketua Pegawai Kewangan
Enlivex Therapeutics, Ltd.
shachar@enlivex.com

MAKLUMAT HUBUNGAN PERHUBUNGAN PELABUR

KCSA Strategic Communications
Jack Perkins
Enlivex@KCSA.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions